BERNAMA
am@hmetro.com.my


Muar: Hajat V Renugah untuk mendirikan rumah tangga juga tidak kesampaian apabila maut dalam nahas bas ekspres di KM137.3, lebuh raya PLUS, awal pagi, 24 Disember.

Abangnya, V Sri Nivasan, 30, berkata dia bergegas ke Muar dari Klang, Selangor, bersama keluarganya selepas mendapat berita kematian daripada rakan adiknya, pada kira-kira 10 pagi.

“Saya tergamam dan tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendapat berita kematian adik perempuan bongsu,” katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Pakar Sultanah Fatimah, di sini.

Menurutnya, mendiang yang berusia 25 tahun akan melangsungkan perkahwinan pada Maca 2017.

b>info 1

HOSPITAL Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) menyediakan empat katil di Unit Forensik bagi melicinkan operasi bedah siasat terhadap 14 mangsa yang terkorban dalam kemalangan bas ekspres.

Pengarahnya, Dr Selahuddeen Abdul Aziz, berkata sepasukan tiga doktor bagi setiap katil bedah ditugaskan bagi bertujuan mempercepatkan urusan bedah siasat.

info 3

KERAJAAN Johor akan menawarkan beberapa bentuk bantuan kepada semua mangsa nahas bas ekspres di KM137.3 lebuh raya PLUS, arah utara, dekat Pagoh.

Exco Agama Johor, Abd Mutalip Abd Rahim, berkata bantuan itu merangkumi kemudahan dan keselesaan kepada keluarga waris serta mangsa sepanjang berada Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF).

info 4

KEMENTERIAN Luar Singapura (MFA) melahirkan kesedihan terhadap kemalangan bas yang meragut 14 nyawa dan mencederakan 16 penumpang.

Dalam satu kenyataan, di sini, kementerian itu berkata ketika ini Konsul Jeneral Singapura di Johor Bahru sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa Johor.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Disember 2016 @ 12:43 AM