SARAH Hilderbrand. FOTO Rifaee Isa
Georgie Joseph
georgie@hmetro.com.my


Sejak berhijrah dan tampil bertudung, nama pelakon berdarah kacukan Amerika Syarikat, Jerman dan Melayu ini seakan-akan suram dari radar seni tempatan.

Sarah Hilderbrand yang juga pelakon drama Suami Tanpa Cinta ini semakin kurang mendapat tawaran berlakon walaupun dia antara pelakon berbakat selain memiliki wajah menarik.

Mula dikenali sejak 2013, pelakon berusia 26 tahun ini seperti belum mendapat ruang terbaik walaupun menerima sokongan kuat daripada peminat.

Sehubungan itu, tercetus persoalan sama ada dia masih wujud atau tidak?

Sarah ketika ditemui mengakui dia jarang muncul dalam mana-mana drama atau program, tetapi kerjaya seninya tetap berjalan lancar.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Disember 2016 @ 6:20 AM