Mohd Hilmi Mahmud
am@hmetro.com.my


Bayan Lepas: Jenazah bekas pesilat negara, Shuhardi Chin, akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bayan Lepas, selepas solat Jumaat.

Shuhardi meninggal dunia di rumah ibu mertuanya di Batu Maun, pada 4.40 petang semalam.

Jenazah Shuhardi dibawa pulang ke rumahnya di Kampung Perlis Bayan Lepas, pada 6.30 petang.

Arwah disahkan menghidap kanser usus (kolon) tahap empat dua tahun lalu dan mendapat rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Bapanya, Chin Hajeed, 67, berkata dia berbangga dengan pencapaian arwah.

"Saya sedih selepas dimaklumkan menantu, petang semalam, mengenai permergian arwah.

"Arwah pernah mewakili negara pada Sukan SEA 1999 dan mendapat pingat emas dalam acara silat olaraga," katanya ketika ditemui dirumahnya di Kampung Perlis Bayan Lepas, di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Disember 2016 @ 11:05 AM