MANGSA yang maut. FOTO Rosman Shamsudin
Rosman Shamsudin
am@hmetro.com.my


Behrang: Dua pelajar maut apabila motosikal yang ditunggang melanggar tiang elekrik di Kilometer 113, Jalan Persekutuan Tanjung Malim-Slim River berhadapan Politeknik Sultan Azlan Shah(PSAS), 5.40 petang tadi.

Dalam kejadian itu penunggang motosikal, Muhammad Aiman Danial Yunus, 16, dan rakannya yang membonceng, Nur Fazhilatul Akhma Mohd Shafee, 16, dipercayai dalam perjalanan dari Tanjung Malim ke Slim River.

Kedua mangsa adalah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Behrang 2020.

Ketua Polis Daerah Muallim Superintendan Ahmad Mat Isa berkata, siasatan awal mendapati mangsa menunggang motosikal melanggar tiang elektrik yang terletak di atas pembahagi jalan.

Katanya, akibat pelanggaran itu motosikal yang ditunggang mangsa terseret di atas jalan sehingga ke lorong kanan jalan.

"Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah dan meninggal di tempat kejadian serta dihantar ke Hospital Slim River untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Disember 2016 @ 10:06 PM