Oleh Mohd Hafizee Mohd Arop
am@hmetro.com.my

Ipoh: Lelaki berusia 62 tahun maut selepas kenderaan jenis pacuan empat roda dipandunya melanggar sebuah bas ekspres yang membawa 22 penumpang di Kilometer 313 Lebuhraya PLUS arah utara dekat Tapah, 7 pagi ini.

Jurucakap bomba berkata, mangsa maut di tempat kejadian selepas tersepit di tempat duduk pemandu manakala pemandu serta 22 penumpang bas ekspres terselamat.

Menurutnya, anggota bomba yang tiba, 7.06 pagi, terpaksa menggunakan peralatan menyelamat bagi mengeluarkan mayat mangsa sebelum dibawa ke Hospital Tapah untuk bedah siasat.

"Kami terpaksa mengambil masa hampir sejam untuk mengeluarkan mangsa sebelum kerja-kerja menyelamat selesai kira-kira 8 pagi," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 Disember 2014 @ 12:44 PM