Shuhardi menderita kanser kolon sejak setahun lalu. FOTO Twitter YAKEB
Mohd Hilmi Mahmud
am@hmetro.com.my


Georgetown: Bekas pesilat negara, Shuhardi Chin, 41, disahkan meninggal dunia di rumahnya di Bayan Lepas, di sini, kira-kira jam 5 petang tadi.

Arwah menderita kanser kolon (usus) tahap empat sejak 2015.

Berita kematian beliau disahkan oleh Pengurus Operasi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb), Aminuddin Mohd Nasir.

Aminuddin berkata, dia menerima berita sedih berkenaan daripada adik arwah pada jam 5 petang.

"Adik Shuhardi menelefon saya dan memaklumkan berita kematian abangnya itu.

"Walaupun sedih, saya bersyukur dapat bertemu dengan arwah dua minggu lalu di Hospital Pulau Pinang," katanya ketika dihubungi Harian Metro, tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Disember 2016 @ 8:11 PM