GAMBAR tular di WhatsApp. Gambar kanan, Sumita bersama ibunya ketika menerima sijil PT3.
Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my


Seremban: Seorang pelajar cemerlang yang memperoleh keputusan 10A dalam Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) diumumkan Isnin lalu, terkejut apabila dirinya dikatakan sebagai wanita yang menjadi mangsa pembunuhan kejam di negara jiran.

Lebih menghairankan S Sumita, 15, apabila gambarnya memegang slip keputusan PT3 yang dimuat naik ke akaun Facebooknya ‘dicuri’ individu lain dan dikatakan mangsa pembunuhan kejam berkenaan.

Difahamkan, gambar remaja itu dan gambar mangsa mula tersebar menerusi aplikasi WhatsApp, sejak kelmarin.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rantau itu berkata, dia dan ahli keluarganya tertekan sejak penyebaran gambar itu selepas menerima banyak pertanyaan daripada sanak-saudara, jiran dan kenalan yang mahu mengetahui kesahihan khabar angin itu.

Sumita yang juga pelajar tunggal memperoleh 10A di sekolahnya mengakui pelik apabila dikaitkan dengan berita itu dan tidak memahami motif individu terbabit yang sengaja menyebarkannya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Disember 2016 @ 8:32 AM