MILLA Jovovich.
Susunan Michelle Gun
michellegun@hmetro.com.my


Hampir enam tahun tidak beraksi dalam Resident Evil, heroin filem aksi itu, Milla Jovovich mengakui penggambaran sekuel terakhir Resident Evil: The Final Chapter membuatkan dia gementar sehingga hilang perasaan teruja untuk membawa semula watak Alice.

Mula berlakon dalam Resident Evil 14 tahun lalu, Jovovich, 41, turut mendedahkan mengalami masalah ‘klaustrofobia’ kerana dikehendaki berlakon di ruang kecil.

“Saya kurang selesa apabila dikehendaki bersolek dan memakai macam-macam benda. Apabila beraksi, saya menjadi rimas berada di ruang sempit dan kecil,” katanya.

Menurutnya, usia Alice dalam filem itu 90 tahun dan memerlukan dia memakai anggota badan palsu serta solekan khas.

“Untuk babak itu, saya terpaksa melalui ‘penyeksaan’ selama empat jam untuk memasang anggota palsu,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Disember 2016 @ 7:49 AM