STEPHANIE terkejut ketika diumumkan sebagai pemenang.

Washington: Stephanie Del Calle dari Puerto Rico semalam dimahkotakan sebagai Ratu Dunia 2016, memenangi hadiah utama dalam pertandingan edisi ke-66 ratu cantik itu.

Pelajar undang-undang dan komunikasi yang berusia 19 tahun itu berkata, ia satu penghormatan dan tanggungjawab besar untuk mewakili negaranya.

Pemenang tempat kedua ialah Yaritza Miguelina Reyes Ramirez dari Republik Dominica, diikuti oleh Natasha Mannuela dari Indonesia.

Peserta dari lebih 100 negara mengambil bahagian dalam acara itu yang diadakan di National Harbor, berhampiran Washington DC. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Disember 2016 @ 9:43 AM