ARU. FOTO Rohanis Shukri
Ridzuan Abdul Rahman
mohamadridzuan@hmetro.com.my


Jika disebut nama sebenarnya Piruzzaman Azizan, mungkin ramai tidak mengenali penyanyi dan pemuzik ini.

Namun, jika menyebut nama Aru Koffin Kanser atau Aru Republic of Brickfields (RoB), peminat muzik metal dan reggae pasti mengakui kehebatan artis berimej unik ini.

Aru, 51, sudah berjuang dalam seni sejak tamat persekolahan pada 1982 dan kini masih gigih berkarya menghiburkan peminat.

Penyanyi berambut ‘dreadlock’ berasal dari Alor Setar, Kedah ini juga tidak putus-putus tampil dengan karyanya dan terbaru akan tampil dengan album berjudul Matahati.

“Tiada istilah bersara dalam hidup kerana saya memang minat muzik. Saya kini tampil dengan single berjudul Matahari, manakala untuk projek terbaru, saya sudah menyiapkan tujuh lagu yang dimuatkan dalam album Matahati.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Disember 2016 @ 7:43 AM