NAJIB melancarkan Buku Pelan Pelaksanaan Indeks Syariah Malaysia 2016-2018. Turut kelihatan Jamil Khir dan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (kanan). FOTO Fariz Iswadi Ismail
Hayati Ibrahim
ya_t@hmetro.com.my


Putrajaya: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melancarkan buku Pelan Pelaksanaan Indeks Syariah Malaysia (ISM) 2016-2018 sebagai langkah susulan yang perlu dilaksanakan untuk memastikan negara ditadbir urus dengan baik berdasarkan prinsip Maqasid Syariah.

Perdana Menteri ketika berucap berkata, beliau berpuas hati dengan siri penjelasan yang sudah dilaksanakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di seluruh negara dan skor ISM sudah diumumkan sebelum ini.

"Sekarang kita mahu melihat penambahbaikan yang perlu dilaksanakan.

"Semua ini penting kerana kerajaan ingin menjadikan Malaysia sebagai 20 negara terbaik di dunia dalam tempoh 30 tahun akan datang," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran buku Pelan Pelaksaaan ISM di Kompleks Seri Perdana di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Justeru, Najib berkata, pertimbangan tepat perlu dibuat dalam semua pembuat dasar supaya ia manfaatnya dapat dikembalikan kepada negara dan rakyat.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Disember 2016 @ 6:03 PM