PERTUNJUKAN persembahan fesyen hasil rekaan pelajar MSU sempena #FUYOOMSU 2016.
myMetro

Dalam usaha menyuntik elemen kreatif dalam kalangan pelajarnya, MSU melalui School of Hospitality & Creative Arts (SHCA) menganjurkan program tahunan #FUYOOMSU 2016, baru-baru ini.

Program tiga hari itu membabitkan penyertaan lebih 400 pelajar SHCA terutama mereka yang mengambil subjek ‘event project’, ‘event management’, ‘event practices’, seminar dan ‘fashion show management’.

Pelbagai aktiviti dijalankan termasuk Glowber Dance, Maze Runner, Grab the Flag, Pantomime Competition, Spartan Challenge dan bazar keusahawanan membabitkan 190 vendor.

Seminar yang dijalankan pula merangkumi topik seperti Versatile ‘Born or Made’, Malaysian Local Delight, Travel Blogging, Malaysia Royal Food Heritage dan Spa & Wellness.

Kemuncak program #FUYOOMSU 2016 ialah Gala Night Dinner dan pertunjukan fesyen hasil rekaan pelajar MSU daripada program Bachelor in Fashion Design with Marketing dan Diploma in Fashion Design. Pada majlis sama, penganjur turut menyumbang RM15,000 kepada Yayasan MSU dan mangsa gempa bumi di Aceh, Indonesia.

Presiden MSU, Prof Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid merasmikan program berkenaan. Turut hadir, pengurusan kanan universiti, kakitangan, ibu bapa, pelajar serta rakan industri.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Disember 2016 @ 1:02 PM