GAMBAR menunjukkan asap dan percikan api kelihatan apabila penduduk di dua kampung bertempur menggunakan mercun. - Agensi
Agensi

Changsha, China: Perbalahan mengenai pembinaan jalan raya mencetuskan satu pertempuran menggunakan mercun antara dua penduduk kampung di daerah Lanshan dekat sini baru-baru ini.

Satu rakaman video yang disiarkan menunjukkan medan pertempuran itu dipenuhi asap, percikan api dan bunyi letupan kuat akibat mercun yang mereka gunakan sebagai senjata.

Kejadian itu menyebabkan dua penduduk terpaksa dirawat di hospital dan seorang anggota polis yang cuba menghentikan pergaduhan itu cedera di kepala.

Menurut laporan media tempatan, penduduk kampung Dongtou memohon untuk membina sebatang jalan raya yang menghubungkan dengan sebuah lebuh raya.

Mengikut pelan, jalan raya itu akan melalui beberapa tanah pertanian milik penduduk kampung Ma Niao.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Disember 2016 @ 5:25 AM