MUHAMAD Harith yang mewakili pasukan Idemitsu Kozi Yam Honda Racing bersama motosikal yang digunakan dalam perlumbaan Cub Prix.
BAHARIN memberi kata semangat kepada Muhamad Harith Farhan ketika menyertai perlumbaan mini bike ketika berusia sembilan tahun.
Ahmad Rabiul Zulkifli
am@hmetro.com.my


Kuala Terengganu: Niat seorang bapa membelanjakan lebih RM100,000 bagi menghadiahkan motosikal mini (mini bike) kepada anaknya untuk menggantikan permainan video yang dianggap melalaikan 11 tahun lalu, menjadi titik tolak pembabitan anak lelakinya itu dalam dunia sukan permotoran sehingga sekarang.

Pembabitan anak bongsu daripada dua beradik itu boleh dibanggakan apabila menjuarai pelbagai kejuaraan motosikal mini di seluruh negeri sejak berusia lapan tahun dan menyertai Cup Prix pada usia 13 tahun sebelum mendapat tajaan pasukan Idemitsu Kozi Yam Honda Racing pada 2013 serta menjadi juara keseluruhan kategori wira Cub Prix 2015.

Terbaru, dia meraih tempat ketiga kategori 250 cc di Asia Road Racing Championship (ARRC) Asian Dream Cup (ADC) India 2016.

Baharin Yusof, 52, dari Kampung Bukit Besar berkata, dia menerima pelbagai cemuhan dan kritikan masyarakat sekeliling pada peringkat awal anaknya Mohamad Harith Farhan Baharin, 17, terbabit dengan sukan permotoran.

“Masyarakat sekeliling menyifatkan sukan permotoran tidak mempunyai masa depan dan mempertikai kemampuan anak untuk maju setanding pelumba ternama tanah air.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 Disember 2016 @ 7:18 AM