WANG kertas baru yang akan dikeluarkan kerajaan Arab Saudi. - Agensi

Riyadh: Kerajaan Arab Saudi akan mula mengedarkan not baru matawang negara itu bermula 26 Disember ini.

Not dalam nilai SR500, SR100, SR50, SR10 dan SR5 serta syiling dalam pelbagai nilai, termasuk SR2 dan SR1 itu dilancarkan kelmarin sebagai memperingati era pemerintahan Raja Salman.

Gabenor Bank Pusat Saudi, Ahmed Alkholifey berkata, not dan syiling lama bagaimanapun masih boleh dipakai.

Menurutnya, pengeluaran not dan syiling baru itu menggambarkan masa depan cerah pembangunan ekonomi negara itu.

Selain itu, katanya, ia juga disertakan dengan ciri keselamatan baru bagi mengelaknya daripada dipalsukan. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Disember 2016 @ 7:31 AM