WANITA berkenaan ditemui di dalam beg selepas beg itu dibuka polis Romania. - Agensi
Agensi

Curtici: Polis di bandar sempadan Romania ini terkejut apabila menemui dua wanita di dalam beg pakaian ketika memeriksa beg berkenaan dalam kereta api yang dalam perjalanan ke Vienna.

Polis sempadan Romania di Curtici memasuki bahagian ruang bagasi kereta api itu apabila mendapati ada yang tidak kena dengan dua beg berkenaan.

Mereka menemui dua wanita terbabit di dalam beg itu selepas mengambil keputusan membuka dan memeriksanya.

Wanita itu, warga Afghanistan dikatakan mahu memasuki Austria secara haram.

Jurucakap polis Romania berkata: “Selepas menyoal siasat kedua-dua wanita itu, kami memastikan mereka berusia 25 dan 59 tahun serta berasal dari Afghanistan.”

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Disember 2016 @ 8:45 AM