BARISAN pelakon Hanyut.
ANTARA babak dalam Hanyut.

Filem Hanyut yang membabitkan bajet produksi RM18 juta dan mula menjengah pawagam tanah air bermula 24 September lalu gagal untuk mendapat kutipan ‘box office’ seperti diharapkan.

Berdasarkan rekod kutipan yang dikeluarkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Hanyut sekadar meraih kutipan RM69,000 dalam tempoh tayangan filem itu sepanjang 12 hari.

Hanyut yang turut ditayangkan di Jakarta, Indonesia dengan judul Gunung Emas pada 2014 juga dilaporkan mendapat kutipan tidak sampai RM50,000.

Pengarahnya, U-Wei Saari berkata, dia tidak meletakkan sebarang sasaran dari segi kutipan termasuk ‘box office’ untuk filem ini sejak awal lagi.

“Selain pawagam Indonesia, sebenarnya Hanyut sudah ditayangkan di pelbagai festival di seluruh dunia, cuma saya tidak pernah menghebahkannya kepada pihak media sebelum ini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Disember 2016 @ 4:56 AM