SULTAN Muhammad V tiba di Kompleks Bunga Raya, KLIA. FOTO Muhd Zaaba Zakeria
Siti A'isyah Sukaimi
sitiaisyah@hmetro.com.my


Sepang: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, selamat tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 10.05 pagi ini.

Ketibaan baginda disambut Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Sebaik turun pesawat, baginda melalui Kawalan Kehormat Setempat oleh Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (RRD) terdiri 28 pegawai dan anggota diketuai Kapten Mohd Hafiz Mohamar Noor.

Baginda kemudian terus bergerak ke dalam Kompleks Bunga Raya serta menuju ke kenderaan rasmi untuk ke bangunan Parlimen.

Sultan Muhammad V kemudian berkenaan bersalaman dengan tetamu yang menyambut baginda sebelum memasuki kenderaan rasmi berkenaan dan meninggalkan Kompleks Bunga Raya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Disember 2016 @ 10:51 AM