KEMAMAN 11 DECEMBER 2016.Kenderaan yang dinaiki lima sekeluarga yang maut, manakala lima lagi parah dalam nahas selepas sebuah kenderaan pelbagai guna ke arah Kuala Terengganu, terbabas di lokasi sebelum dikatakan merempuh pembahagi jalan di Kilometer 288.6 Lebuh Raya Pantai Timur 2, berhampiran susur keluar Plaza Tol Chukai, Kemaman. NSTP/JBPM
Khairul Hamizy Ramlee
am@hmetro.com.my


Kuala Terengganu: Dua mangsa yang cedera dalam kemalangan di Kilometer 288.6, Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) berhampiran susur keluar Plaza Tol Chukai, petang semalam dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.

Quratul Ain Ahmad Nasal, 14, dan adiknya, Ahmad Mukriz, 3, dibawa ke HSNZ, 10.30 malam tadi.

Bapa saudara mereka, Ali Embong, 52, berkata, kedua-dua mereka cedera parah di kepala dan badan tetapi dalam keadaan stabil.

Menurutnya, bapa kanak-kanak itu, Ahmad Nasal Abd Rahman, 52, dan seorang lagi anaknya, Ahmad Syakir, 12, masih dirawat di Hospital Kemaman.

Kemalangan kira-kira 6 petang itu mengorbankan enam orang termasuk isteri dan dua anak Ahmad Nasal.

Kejadian berlaku selepas kenderaan dipandu Ahmad Nasal yang menghala ke Kuala Terengganu terbabas sebelum merempuh tiang jejambat dan pembahagi jalan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Disember 2016 @ 11:07 AM