SEBAHAGIAN ahli SBM yang berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu.
Suraya Roslan
suraya@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Tidak mudah untuk lelaki ini menguruskan lebih 5,000 cacat penglihatan di seluruh negara namun dia tekad demi memperjuangkan nasib golongan ini yang seperti dipinggirkan masyarakat.

Presiden Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM) Mohammed Nazari Othman, 49, berkata, selama 23 tahun berada dalam pertubuhan itu pelbagai suka duka dilalui antaranya apabila berjaya membawa 36 cacat penglihatan menawan gunung tertinggi di Malaysia, Gunung Kinabalu pada 1998 dan 2014.

“Ia menjadi kenangan paling manis buat saya apabila impian semua peserta yang mahu merasai nikmat berada di puncak gunung itu tercapai.

“Biarpun tidak dapat melihat pemandangan, namun saya lega apabila mereka meluahkan kelegaan dapat menghirup udara di puncak gunung, malah ada antara mereka masih berterima kasih kepada saya kerana menunaikan impian itu,” katanya kepada Harian Metro.

Mohammed Nazari yang juga cacat penglihatan sejak berusia 14 tahun berkata, mereka mengambil masa selama empat bulan untuk berlatih menawan gunung itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Disember 2016 @ 10:24 AM