GAMBAR hiasan
Ekhwan Haque Fazlul Haque
ekhwan@hmetro.com.my


Marudi: Dua individu dikhuatiri lemas manakala lima lagi selamat selepas bot yang mereka naiki karam di Taman Tasik Loagan Bunut di sini, malam tadi.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira 11 malam tadi namun pihak bomba dimaklumkan 7.01 pagi ini oleh pihak pengurusan taman.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, bot berkenaan dinaiki tujuh individu masing-masing enam penuntut universiti swasta dan seorang pemandu.

Menurutnya, empat penumpang dan pemandu bot bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri namun dua lagi masih belum ditemui.

"Dua mangsa adalah warga Nigeria dan semua mereka ke kawasan berkenaan untuk menjalankan kajian mengenai buaya.

"Setakat ini anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Marudi sudah digerakkan ke lokasi kejadian yang mengambil masa empat jam menggunakan jalan darat sebelum memerlukan satu jam lagi menaiki bot untuk ke tasik berkenaan," katanya.

Katanya, sebarang perkembangan mengenai operasi mencari dan menyelamat akan dimaklumkan kelak.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Disember 2016 @ 9:02 AM