TUKUL digunakan untuk mengetuk tengkuk pesakit strok. - Agensi
Agensi

Beijing: Satu video mengejutkan tersebar di laman sosial di China, menunjukkan seorang doktor mengguna tukul untuk mengetuk tengkuk seorang pesakit yang menghidap strok.

Video itu yang dirakam di China menunjukkan doktor itu meletakkan bongkah kayu di tengkuk lelaki itu sebelum mengetuknya dengan tukul.

Lelaki itu kedengaran menjerit kesakitan apabila doktor itu mengetuk.

Doktor itu kemudian dilihat menggunakan ibu jarinya untuk mengurut tengkuk pesakit sebelum meletakkan lagi kayu berkenaan di atas tuala dan mengetuknya sekali lagi.

Setiap kali diketuk lelaki itu akan menjerit.

Menurut lelaki yang memuat naik video itu, isteri pesakit berkenaan berkata, suaminya berasa lega selepas setiap kali menjalani rawatan luar biasa. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Disember 2016 @ 5:06 AM