BALAK yang dirampas di Ulu Sungai Sarikei. FOTO ihsan SFC
Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail
rabiatul@hmetro.com.my


Sarikei: Cubaan pembalak haram menyeludup 340 balak pelbagai jenis di Ulu Sungai Sarikei di sini, tidak berjaya apabila lokasi itu diserbu penguatkuasa Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC), Rabu lalu.

Sembilan daripada 340 balak yang dirampas dikenal pasti spesis Engkabang yang dilindungi Ordinaan Pelindungan Hidupan Liar, 1998.

Dalam kenyataan SFC di sini, pihaknya berjaya mengesan aktiviti di kawasan pembalakan yang sudah ditutup itu sejak bulan lalu.

"Kawasan pembalakan itu ditututup dan aktiviti pembalakan tidak dibenarkan lagi di kawasan terbabit.

"SFC percaya pembalak haram menggunakan lesen jangka pendek untuk mengaburi aktiviti pembalakan haram mereka di kawasan terbabit," katanya.

Laporan polis dibuat di Balai Polis Jakar dan kes serta balak yang dirampas diserahkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Disember 2016 @ 2:18 PM