SULTAN Muhammad V bersama Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra di Majlis solat hajat, bacaan Yasin dan doa. FOTO ihsan Istana Kelantan
Muhamaad Razis Ismail
razis@hmetro.com.my


Kota Bharu: Sultan Kelantan Sultan Muhammad V berkenan mencemar duli untuk menyertai Majlis solat hajat, bacaan yasin dan doa sempena pemahsyuran baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke 15 di Masjid Muhammadi di sini, hari ini.

Baginda tiba 7 malam sebelum menunaikan solat Maghrib bersama lebih 1,000 jemaah.

Hadir sama, Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Baginda kemudian menunaikan solat hajat yang diimamkan oleh Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad dan bersama-sama membaca surah Yasin yang diketuai oleh Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad.

Baginda kemudian menunaikan solat Isyak berjemaah sebelum berangkat meninggalkan majlis pada 8.40 malam tadi.

Sultan Muhammad V dijadual berangkat ke ibu negara pada 13 Disember ini bagi menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-244 diikuti dengan Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan serta pengisytiharan memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Disember 2016 @ 10:07 PM