AYDA hargai peminat. - FOTO Arkib NSTP
Michelle Gun
michellegun@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Pelakon dan penyanyi popular Ayda Jebat mengakui dia akan menangis sekiranya gagal meluangkan masa bersama peminat dalam mana-mana acara membabitkannya.

Penyanyi lagu Nakal Nakal Nakal ini berkata, dia pernah menolak permintaan peminat untuk mengambil gambar kenangan kerana perlu bergegas ke lokasi lain.

"Kadang-kadang saya ada urusan penting selepas menghadiri satu majlis dan tidak dapat melayan peminat.

"Disebabkan itu, saya sedih dan menangis apabila mengenangkan tidak dapat bergambar dengan mereka," katanya.

Ayda yang juga pelakon drama Awak Sangat Nakal ini berkata, dia sentiasa berusaha mencari masa untuk diluangkan bersama peminat.

"Ada peminat datang dari jauh semata-mata mahu memberi sokongan dan saya rasa bersalah sekiranya gagal melayan mereka," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Disember 2016 @ 7:56 PM