Wan Nur Ameera Meor Rozman
bisnes@hmetro.com.my


Shah Alam: Canon Marketing (Malaysia) Sdn Bhd (Canon) memperkenalkan model kamera baru, Canon EOS M5 yang menawarkan ciri-ciri premium dalam meningkatkan tahap fotografi tanpa cermin.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Andrew Koh berkata, EOS M5 menawarkan yang terbaik untuk kedua-dua dunia jurugambar yang mengidamkan prestasi dan pengalaman DSLR pada kamera yang bersaiz kompak.

"Model premium ini dilengkapi dengan lensa kit zoom-tinggi EF-M iaitu EF-M 15-45mm dan EF-M18-150mm f/3.5-6.3 yang mampu meluaskan spektrum pengimejan dan ia bernilai antara RM2,069 hingga RM4,699," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pelancaran model kamera baru, Canon EOS M5 di sini, hari ini.

Andrew berkata, pihaknya menyasar untuk terus mencatatkan pertumbuhan penguasaan pasaran tahun depan daripada 45 peratus kepada 50 peratus untuk kategori kamera Digital Lensa Tunggal Refleks (DSLR) DSLR.

"Selain itu, Canon Malaysia juga menjangkakan segmen kamera tanpa cermin juga dapat merekodkan pertumbuhan kira-kira 20 peratus dalam penguasaan pasaran untuk segmen berkenaan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Disember 2016 @ 6:39 PM
EOS M5 menawarkan yang terbaik untuk jurugambar yang mengidamkan prestasi dan pengalaman DSLR pada kamera kompak. FOTO NSTP/OSMAN ADNAN