NABIL kini fokus kepada pengacaraan. FOTO Zunnur Al Shafiq
Syafil Syazwan Jefri
syafil.syazwan@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Pengacara dan pelakon, Nabil Ahmad, 33, memaklumkan filem Bo-Peng terbitan Pencil Pictures & Records Sdn Bhd adalah karya terakhir lakonannya.

Menurut pengacara program realiti Gegar Vaganza itu, dia bakal berehat seketika dan hanya akan membintangi filem terbitan syarikat produksinya sendiri, Nabil Production Sdn Bhd.

“Ini adalah filem terakhir lakonan saya untuk produksi orang lain. Akan ada filem yang saya terbitkan sendiri dan skripnya juga saya buat sendiri.

“Saya cuba menghasilkan filem dan beberapa tahun lagi kita dapat melihat hasilnya, Kata Nabil ketika ditemui di majlis tayangan gala Bo-Peng arahan Helmi Yusof.

Nabil berkata syarikatnya baru saja didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Nabil turut memaklumkan sudah setahun tidak menerima tawaran berlakon kerana fokusnya kini lebih kepada pengacaraan.

“Atas permintaan saya, pengurus saya penuhkan jadual dengan tawaran mengacara kerana ia lebih mudah.

“Agak lama juga saya tidak beraksi dalam drama dan telefilem,” katanya.

end

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Disember 2016 @ 4:55 PM