PEMAIN Indonesia meraikan kejayaan ke final.

Kuala Lumpur: Indonesia menempah slot ke final Piala AFF 2016 selepas mengikat Vietnam 2-2 pada aksi separuh akhir kedua yang berlanjutan ke masa tambahan di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi, Vietnam malam tadi.

Keputusan itu membolehkan skuad Garuda mara dengan agregat 4-3 selepas Indonesia memanfaatkan aksi di tempat sendiri pada separuh akhir pertama dengan kemenangan 2-1 di Stadium Pakansari, Bogor, Sabtu lalu.

Indonesia akan berdepan sama ada juara bertahan Thailand atau Myanmar pada aksi final yang akan diadakan mengikut format timbal balik pada 14 dan 17 Disember ini.

Thailand bakal menjadi tuan rumah kepada Myanmar pada separuh akhir kedua di Stadium Rajamangala, Bangkok malam ini bagi menentukan slot ke final.

Pada separuh akhir pertama di Stadium Thuwunna, Yangon, skuad Gajah Perang itu menang 2-0 ke atas tuan rumah.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Disember 2016 @ 8:22 AM