Tokyo: Pemandu Marussia Jules Bianchi tidak akan menyerah kalah walaupun masih berada dalam keadaan kritikal selepas terbabit kemalangan di Grand Prix Jepun, kata bapanya, Philippe.

Pemandu Perancis berusia 25 tahun itu mengalami kecederaan parah di kepalanya apabila bertembung dengan kereta tunda di Litar Suzuka.

"Keadaan agak kritikal," kata Philippe Bianchi. "Setiap kali telefon berbunyi, kami bimbang ia mungkin dari pihak hospital yang memaklumkan bahawa Jules sudah meninggal.

"Dia tidak akan menyerah begitu saja. Saya cukup yakin. Saya melihat ke arah itu dan saya percaya dengannya."

"Saya sering berbisik kepadanya. Saya tahu dia boleh mendengar suara saya. Doktor memberitahu bahawa apa yang berlaku ke atasnya adalah ajaib kerana belum pernah ada manusia yang terselamat selepas kemalangan ngeri seperti itu.

"Jurulatihnya, Andrea menyatakan, satu-satunya individu yang akan selamat ialah Jules."

Philippe berkata, keluarganya tersentuh dengan pelbagai ucapan serta sokongan yang diterima daripada warga Formula Satu. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Oktober 2014 @ 5:03 AM