FOTO Muhamad Allyme Ahmad Izam
Nurul Huda Kosnon
nurulhuda_kosnon@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Jenazah Syed Redzuan Syed Salim Shatri, pendaki negara yang maut di gunung Damavand, Iran selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Tun Hussein Onn, Cheras pada 3.21 petang.

Jenazah sebelum itu dibawa dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tiba di Masjid Bandar Tun Hussein Onn, Cheras kira-kira 3 petang.

Suasana pilu menyelubungi perkarangan masjid itu sebaik van yang membawa jenazah pendaki Malaysia itu tiba di Masjid berkenaan.

Lebih 200 orang termasuk anak arwah, sanak-saudara serta kenalan menanti ketibaan jenazah Allahyarham.

Terdahulu, jenazah Syed Redzuan ditemui di Yakhar Glacier pada 12.45 tengah hari waktu tempatan selepas enam hari dilaporkan hilang.

Allayarham dilaporkan hilang bersama rakannya ketika berada pada ketinggian lebih 5,000 meter di gunung berkenaan pada 20 November lalu selepas terpisah daripada anggota kumpulan pendaki lain.

Bagaimanapun, hanya jenazah syed Redzuan ditemui, manakala rakannya masih gagal dikesan sehingga kini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Disember 2016 @ 6:26 PM