SIRI televisyen Westworld dapat sambutan luar biasa di seluruh dunia.
ANTARA babak James Marsden sebagai Teddy Flood dalam Westworld.
Michelle Gun
michellegun@hmetro.com.my


Membintangi deretan siri televi­syen di Amerika Syarikat sejak awal 90-an, populariti James Marsden semakin melonjak selepas membintangi beberapa filem terutama X-Men apabila tampil sebagai Cyclops.

Bagaimanapun, pelakon yang di­nobatkan sebagai jejaka paling tampan di dunia oleh majalah GQ ini belum cukup dikenali apabila seorang kru produksi menyangkakan dia bintang Star Trek, Chris Pine.

Malah, ada individu beranggapan Marsden adalah robot berikutan wataknya dalam siri televisyen baru HBO, Westworld iaitu Teddy Flood.

Mengulas situasi itu, pelakon ber­usia 43 tahun ini berkata, dia sering disapa peminat Westworld sebagai Teddy.

“Baru-baru ini sewaktu menjalani penggambaran di New Orleans, ada sepasang kekasih memanggil saya Teddy ketika memasuki lif. Lebih lucu, saya spontan membalas sapaan mereka.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Disember 2016 @ 5:00 AM