Ayda Jebat

Selamat berhujung minggu dan terima kasih kepada yang setia membaca ruangan Muahciked adik ini. Nampaknya minggu ini penuh dengan kejutan dan adik akan cerita satu demi satu.

Minggu ini juga berlangsungnya sesi ramah mesra pelakon drama Awak Sangat Nakal bersama peminat di Alamanda Putrajaya. Terima kasih kepada semua yang hadir, beli novel dan sempat beramah mesra serta berswafoto dengan kami di sana.

Selesai sudah nampaknya drama Awak Sangat Nakal dan adik pun akan mula penggambaran drama baharu, bermula Januari tahun depan.

Judul dan untuk slot apa di TV mana? Tunggu. Sabar ya dan adik tahu awak mesti teruja.

Apapun, pada 1 Disember lalu berlangsungnya sidang media dan pelancaran single terbaru adik bertajuk Nakal Nakal Nakal.

Single ini juga digunakan sebagai OST drama Awak Sangat Nakal serta diadakan juga pelancaran lagu Pencuri Hati versi dangdut bersama video muziknya.

Sidang media bertempat di KDU University College Utropolis, Glenmarie Campus dan adik ucapkan ribuan terima kasih kepada KDU.

Selain sudi menyediakan tempat untuk majlis, KDU juga menawarkan biasiswa untuk adik sambung belajar di sana. Bestnya!

Dalam tempoh tiga tahun, adik boleh pilih jurusan apa yang adik nak belajar dan adik ucapkan banyak-banyak terima kasih di atas pemberian itu.

Insya-Allah kalau tiada aral melintang, cukup masa untuk belajar nanti tentunya adik akan sambung. Doakan, ya!

Selain itu, diadakan juga pelancaran OPPOxAyda di situ! OPPO F1s Edisi Terhad dengan jumlah seribu unit itu ada tandatangan istimewa.

Tentunya ia ditandatangani dengan ‘Ayda Jebat Signature Laser Engraving Phone, Ayda Jebat Phone Casing, Ayda Jebat Limited Edition Pendrive & T-shirt’ yang dijual pada harga RM1,398.

Boleh dapatkan juga maklumat lanjut di oppo.store.com.my untuk order. Terima kasih OPPO kerana memberi kepercayaan.

Dengan tanggungjawab digalas, adik akan mempromosikan OPPO F1s edisi Ayda Jebat. Semua peminat kena beli tau!

Cerita pasal lagu pula, single Nakal Nakal Nakal dihasilkan oleh penerbit lagu Pencuri Hati iaitu Irwan Simanjuntak bersama adik. Lirik ditulis oleh kami berdua.

Lagu Nakal Nakal Nakal dirakam di Jakarta, Indonesia dan sudah pun dilancarkan di semua applikasi! Ia juga kekal nombor satu carta di iTunes pada hari pelancaran dan keesokannya. Terima kasih pada semua yang membeli.

Lagu Nakal Nakal Nakal ini juga boleh dibuat permintaan pada semua stesen radio untuk dimainkan. Nantilah kita borak panjang lagi mengenai lagu Nakal Nakal Nakal adik ini. Dari mana adik dan komposer dapat inspirasi dari segi komposisi lagu, lirik dan sebagainya.

Adik juga ingin berkongsi cerita mengenai pembikinan muzik video Pencuri Hati Dangdut! Ada tetamu istimewa tetapi kita sambung minggu depan cerita lanjut ya. Tunggu!

#syukur

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 Disember 2016 @ 5:04 AM