Iskandar (tiga dari kiri) bersama tong LPG, termasuk yang sudah kosong yang dirampas. - Foto SHAZREEN ZAMZURI
Iskandar Shah Mohamed
iskandar@hmetro.com.my


Pelabuhan Klang: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melumpuhkan sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi yang dianggap terbesar membabitkan nilai rampasan lebih RM2 juta di sebuah stor haram di sini, semalam.

Timbalan Ketua Pengarah Penguatkuasa KPDNKK, Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata, serbuan pada 8.45 malam itu dilakukan hasil risikan pihaknya mengenai aktiviti pemindahan gas dari tong bersubsidi ke lori tangki untuk dijual kepada pihak industri.

"Kita merampas lebih lebih 1,000 gas dalam tong 14 dan 15 kilogram serta 1,757 tong kosong termasuk beberapa lori tangki serta lori biasa di premis haram itu.

“Selain itu, tujuh orang termasuk penjaga stor ditahan bagi membantu siasatan," katanya pada sidang media di premis itu, hari ini.

Menurut beliau, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Disember 2016 @ 11:48 AM