Kereta mangsa yang terbakar. FOTO ihsan bomba
Azma Razana Johari
am@hmetro.com.my

 

Prai: Lelaki maut selepas kereta Honda City dipandunya melanggar lori sebelum terbakar di Lorong Perindustrian 2, Kawasan Perindustrian Prai, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian 11.30 malam itu, mangsa, Yong Peng Foo,53, maut selepas terperangkap di dalam keretanya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Prai, Timbalan Penguasa Bomba A'azelan Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan pada 11.35 malam dan mangsa tersepit di dalam kereta dipandunya.

"Akibat kemalangan, kereta berkenaan tersepit di belakang lori dan berlaku kebakaran hampir 70 peratus di bahagian hadapan kereta itu.

"Bomba memgambil masa hampir 30 minit untuk mengawal danmemadam kebakaran," katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Disember 2016 @ 3:21 AM