Afdlin mengalami kesakitan sejak minggu lalu. FOTO AS
Syafil Syazwan Jefri
syafil.syazwan@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Pelakon dan pelawak Afdlin Shauki, 45, dinasihatkan berehat oleh doktor apabila berkemungkinan mengalami slip disc selepas sakit di belakang leher sejak seminggu lalu.

Afdlin ketika dihubungi berkata, dia agak lega kerana buat masa ini sakitnya semakin berkurangan dan doktor menasihatkannya supaya tidak melakukan kerja berat dan banyakkan berehat.

Menurut Afdlin, doktor juga memaklumkan supaya dia melakukan pemeriksaan susulan sekiranya kembali berasa sakit dalam tempoh satu ke dua minggu.

“Sekiranya sakit itu masih berterusan, saya perlu menjalani pemeriksaan susulan kerana berkemungkinan besar ia disebabkan oleh slip disc,” katanya.

Afdlin berkata, dia mula mengalami kesakitan itu sejak minggu lalu selepas bangun dari tidur.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 November 2016 @ 3:37 PM