“Insya-Allah, perjuangan murni UMNO ini akan terus dirahmati Allah SWT!,” kata Perdana Menteri. FAIL Hafiz Sohaimi
BERNAMA
am@hmetro.com.my


ANGGOTA UMNO diingatkan sentiasa memelihara kepentingan rakyat dan mengukuhkan perpaduan dalam parti.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata peringatan itu sentiasa disebutkan dalam ucapannya pada Perhimpunan Agung UMNO saban tahun dan beliau yakin melalui pegangan itu, UMNO mempunyai motivasi kuat untuk terus memimpin negara ke arah kejayaan.

“Insya-Allah, perjuangan murni UMNO ini akan terus dirahmati Allah SWT!,” kata Perdana Menteri dalam catatan Facebooknya, hari ini.

Beliau turut memuat naik video ucapannya pada perhimpunan sebelum ini, yang antaranya menyentuh aspek perpaduan dan ketabahan parti menghadapi cabaran.

Video itu berdurasi tiga minit lima puluh saat.

Perhimpunan Agung UMNO 2016 bermula hari ini dengan pelbagai acara penting diatur sepanjang hari.

Perhimpunan agung lima hari itu melibatkan 5,732 perwakilan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 November 2016 @ 4:04 PM