Siti Nor Hidayatidayu Razali
sitinor@hmetro.com.my


Kota Bharu: Ancaman ugutan bom oleh seorang lelaki di tiga pejabat kerajaan iaitu Kompleks Mahkamah Kota Bharu, Mahkamah Syariah di Tunjong dan Pejabat Tanah di sini, pagi tadi, disahkan palsu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr Ab Rahman Ismail berkata, panggilan ugutan itu mendakwa sebuah kenderaan akan lalu di depan Kompleks Mahkamah dan Pejabat Tanah sebelum meletupkan bom.

Menurutnya, sejurus panggilan itu diterima, satu pasukan Unit Pemusnah Bom bergegas ke lokasi kejadian.

"Hasil pemeriksaan di Kompleks Mahkamah dan Pejabat Tanah yang berakhir pada 1.30 tengah hari, tidak menemui sebarang bom seperti didakwa.

"Kita mengambil serius perkara ini dan berharap masyarakat mengambil iktibar daripada kejadian supaya tidak membuat panggilan palsu ugutan bom," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, di sini, hari ini.

Berita berkaitan

http://www.hmetro.com.my/node/185452

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 November 2016 @ 3:19 PM