Polis sedang menjalankan siasatan di lokasi kejadian hari ini. - Foto ASWADI ALIAS
Zatul Iffah Zolkiply
zatuliffah@hmetro.com.my


Marang: Seorang wanita warga Thailand ditemui mati dipercayai dibelasah pekerja lelakinya di Kampung Che Jah, Binjai Rendah di sini, malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, mayat Hayimatiyoh@Sharipah, 35, ditemui terbaring di dapur rumahnya dengan sembilan kesan kecederaan di kepalanya, kira-kira 7.30 malam

Menurutnya, siasatan awal mendapati peniaga pasar malam itu dipercayai dipukul seorang lelaki, juga warga Thailand berusia 20-an yang juga pekerjanya.

"Kami menemui sebatang kayu berukuran 30 sentimeter dalam tong sampah yang dipercayai digunakan suspek untuk memukul mangsa.

"Suspek yang dipercayai penagih dadah, melarikan diri sejurus kejadian dengan menunggang motosikal dan usaha memburunya sedang dilakukan termasuk meminta bantuan polis Thailand," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 November 2016 @ 1:11 PM