BONANZA Telur Emas janjikan tawaran menarik untuk semua koleksi barang kemas.

Selain berfungsi sebagai penghias diri, barang kemas biasanya mempunyai makna dan nilai kenangan tersendiri apatah lagi jika ia dibeli sempena sesuatu acara atau pemberian insan tersayang.

Malah ada yang menjadikan barang kemas sebagai warisan keluarga yang tidak ternilai harganya. Meskipun muncul banyak rekaan baru yang lebih moden dan segar, rekaan barang kemas lama tetap terpelihara dan tidak lapuk dek zaman.

Bagi yang mahu menambah koleksi atau mencari hadiah buat insan istimewa, bolehlah mengintai mana-mana cawangan Habib Jewels di seluruh negara sempena kempen Bonanza Telur Emas yang bermula pada 25 November ini hingga 2 Januari 2017.

Bonanza Telur Emas ialah salah satu kempen terbesar Habib yang diadakan pada hujung tahun bagi menghargai pelanggan setianya. Ia menjanjikan tawaran menarik untuk semua koleksi barang kemas yang terdiri daripada emas, berlian mahupun permata.

Bagi kempen kali ini, Habib menawarkan lebih banyak diskaun dan promosi istimewa bagi mereka yang ingin mendapatkan emas berkualiti pada harga berpatutan.

Lebih menarik, pelanggan yang membeli barang kemas bernilai RM1,000 dan ke atas di dalam satu resit pula akan mendapat ‘Telur Emas’ dan boleh menebus hadiah mereka (seperti yang tercatat dalam telur berkenaan) dengan serta-merta.

Pelanggan yang ingin menjual barang kemas lama juga berpeluang memenangi hadiah apabila barangan kemas bernilai RM5,000 ke atas juga layak menerima telur emas berkenaan.

Menurut Pengurus Perhubungan Awam dan Komunikasi Habib Yasheedah Yashaiya, kempen terdahulu mendapat sambutan meng­galakkan dan pihaknya ingin memberi peluang kepada pelanggan memenangi pelbagai hadiah bernilai sehingga RM2 juta.

“Bonanza Telur Emas Habib ini adalah untuk memberi kelainan sempena jualan akhir tahun yang diadakan secara besar-besaran di seluruh Malaysia.

“Kempen ini juga memberi peluang untuk orang ramai membeli barang kemas sama ada sebagai hiasan peribadi atau pelaburan pada harga berpatutan kerana pasaran emas dijangka akan terus meningkat,” katanya.

Bagi merealisasikan impian pelanggan memiliki barang kemas idaman, Habib menawarkan diskaun sehingga 70 peratus untuk berlian dan permata dan potongan RM8 hingga RM25 bagi setiap gram emas 916 dan 999. Untuk maklumat lanjut, layari www.habibjewels.com, Facebook HABIB JEWELS atau Twitter @habibjewels_ofc.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 November 2016 @ 5:01 AM