FOTO Reuters
Agensi
am@hmetro.com.my


Haifa (Israel): Israel mengarahkan pemindahan beribu rakyatnya dan memanggil tenteranya untuk membantu melawan kebakaran teruk yang berlaku di utara bandar Haifa.

Polis menjelaskan, sekurang-kurangnya lapan kawasan kejiranan penduduk dipindahkan awal tengah hari, ketika asap semakin merebak ke seluruh bandar itu.


FOTO Reuters

Polis dan anggota bomba pula dikerah ke setiap pelusuk bandar itu manakala penduduk pula dilihat menolak troli yang sarat dengan barang keperluan sebelum meninggalkan kediaman mereka.

Ada antara penduduk pula dilihat menggunakan sumber air di rumah untuk memadam kebakaran.


FOTO AP

Sehingga ini, kebakaran di beberapa kawasan di Haifa adalah yang terbesar dalam sejarah dan berlaku sejak dua hari lalu.

Kebakaran dikatakan merebak dengan pantas berikutan cuaca kering.

Sementara itu, BBC pula melaporkan tiada kecederaan teruk atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Bagaimanapun, katanya, 35 penduduk kini menerima rawatan di hospital.

Selain itu, beberapa penduduk dikatakan terperangkap dalam kepungan api yang dikatakan merebak terlalu cepat.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 November 2016 @ 10:17 PM