GAMBAR hiasan.
Balqis Jazimah Zahari
am@hmetro.com.my


Ipoh: Bilangan penduduk Orang Asli Pos Kemar dekat Gerik yang positif wabak malaria terus meningkat dengan keseluruhan 71 kes dilaporkan hari ini berbanding 64 kes direkodkan semalam.

Pengarah Kesihatan Perak, Datuk Dr Juita Ghazalie berkata, tujuh lagi penduduk disahkan positif malaria spesies Plasmodium vivax (P vivax) di kawasan berkenaan.

"Lima kes terbaharu dilaporkan di Kampung Senangit menjadikan keseluruhan 58 penduduk terkena jangkitan di kampung itu.

"Dua lagi kes terbaru adalah dari Kampung Rantau," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dr Juita berkata, bilangan pesakit yang dirawat di hospital adalah 66 orang.

Katanya, 62 orang dirawat di Hospital Gerik, empat orang di Hospital Kuala Kangsar manakala baki yang lain dalam proses penghantaran ke hospital.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 November 2016 @ 7:37 PM