Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Saripuddin Kasim (tengah) pada Majlis Penutup Kursus Asas Pegawai Penguatkuasa Gred KP41 dan Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29 Siri 1/2016 serta Pembantu Penguatkuasa Gred KP19 Siri 2/2016 Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia di Akademi JPJ, Tiang Dua, Melaka. FOTO Rasul Azli Samad
Kalidevi Mogan Kumarappa dan Nur Saliawati Salberi
am@hmetro.com.my

Melaka : Seramai 102 kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia dikenakan tindakan tatatertib dari 2015 hingga November tahun ini.

Ketua Pengarah JPJ,Datuk Seri Nadzri Siron berkata, bagi memastikan tahap integriti tinggi dalam kalangan kakitangannya Pelan Pengurusan Risiko Rasuah dan pelan integriti jabatan yang baru dilaksanakan tahun ini.

"Kami tidak akan berkompromi dengan mana - mana kakitangan yang salah guna kuasa dan melakukan ketirisan.

"Disebabkan itu,kami mengambil tindakan terhadap 102 kakitangan termasuk seorang kakitangan di cawangan Kulim,Kedah yang dikesan mengeluarkan dokumen untuk kenderaan klon, " katanya pada sidang media selepas Majlis Penutupan Kursus Asas Pegawai Penguatkuasa Gred KP41,Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29 dan Pembantu Penguatkuasa Gred KP19 Siri 1 dan 2 2016.

Katanya,pelan baru itu dilaksanakan dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pelbagai aktiviti baru diwujudkan bagi mengelak ketirisan di JPJ.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 November 2016 @ 4:18 PM