NABIL pegang watak penghantar piza tidak jauh daripada latar belakang diri pernah jadi budak penghantar surat.
Ramlah Zainal
ramlah@hmetro.com.my


Menggabungkan elemen komedi dan thriller, filem Bopeng menawarkan kelainan bagi menarik penonton ke pawagam.

Filem arahan Helmi Yusof ini menampilkan gandingan mantap Nabil Ahmad dan Johan A’sari buat julung kalinya di layar perak.

Nabil sebagai Bo dan Johan sebagai Peng dengan tagline ‘Kita punya bloodbrothers takde sape boleh lawan bro!”.

Ia dilengkapkan lagi dengan penampilan Soffi Jikan, Zulin Aziz, Fauzi Nawawi, Along Edzendy, Elly Suriati, Kilafairy, Dira Abu Zahar dan pelakon baru, Wanna Ali.

Bopeng cukup bermakna buat Nabil kerana ia antara filem terakhir lakonannya kerana ingin memberi fokus pada bidang pengacaraan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 November 2016 @ 6:13 AM