LEWIS Hamilton. FOTO EPA
AFP

London: Lewis Hamilton mungkin berdepan “perkara mustahil” namun berazam untuk “bermati-matian” bagi menyekat Nico Rosberg memenangi kejuaraan pemandu Formula Satu dunia pada perlumbaan penamat musim Grand Prix Abu Dhabi, Ahad ini.

Hamilton menang tiga perlumbaan terakhir untuk merapatkan jurang 12 mata di belakang rakan sepasukan Mercedes, Rosberg.

Namun Rosberg hanya memerlukan penamat tiga teratas hujung minggu ini bagi meraih gelaran sulung dan menghalang Hamilton daripada muncul pemandu pertama Britain bergelar juara dunia F1 empat kali.

Hamilton, yang memandu dengan hebat dalam cuaca basah untuk memenangi Grand Prix Brazil, tidak ragu-ragu mengenai tugas getir dihadapinya apabila berkata: “Ia bukannya musim yang sempurna dan saya berdepan sesuatu yang amat mustahil tidak kira apa yang saya lakukan hujung minggu ini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 November 2016 @ 7:55 AM