YUKA Kharishma. FOTO Munira Abdul Ghani
Syanty Octavia Amry
soctavia@hmetro.com.my


Kemenangan Yuka Kharishma pada malam Anugerah Planet Muzik (APM) 2016 lalu menjadi pertikaian peminat apabila ada yang mempersoalkan status kewarganegaraannya.

Berasal dari Aceh, Indonesia, Yuka, 28, mengakui kemenangan itu mewakili Malaysia kerana dia kini menetap di sini dan berkahwin dengan pemuzik yang juga orang tempatan, Ahmad Jeffny Kamar.

Enggan peminat terus berbalah, Yuka berkata, sebagai negara serumpun isu itu tidak seharusnya diperbesar-besarkan sebaliknya berharap peminat terus menyokong karier seninya tidak kira di Malaysia mahupun Indonesia.

“Saya orang Indonesia, tetapi kini aktif berkarya di Malaysia. Saya suka bekerja di sini dan selepas berkahwin semakin selesa dengan apa yang dilalui.

“Saya berharap peminat terbuka dalam soal ini dan janganlah ada yang bergaduh sesama sendiri. Teruslah menyokong saya kerana masih banyak lagi perkara yang perlu saya belajar.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 November 2016 @ 7:50 AM