KUALA LUMPUR 22 May 2012. Bangunan Parlimen. NSTP/Salhani Ibrahim
Hairulazim Mahmud
azim@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Dewan Rakyat malam tadi meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2017 selepas dibahaskan sejak 24 Oktober lalu.

Rang undang-undang itu diluluskan menerusi undi belah bahagi dengan 105 menyokong dan 73 membangkang pada 11.10 malam.

Rang undang-undang itu kemudian dibentangkan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani untuk bacaan kali ketiga yang disokong Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.

Bajet 2017 dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 21 Oktober lalu dan diluluskan di peringkat dasar pada 7 November.

Rang undang-undang ini bertujuan memperuntukkan sejumlah RM260.8 bilion untuk perbelanjaan kerajaan pada 2017.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 November 2016 @ 1:07 AM