COSTA (kiri) dipeluk Conte selepas tamat perlawanan. FOTO Reuters.
AFP

Middlesbrough, England: Antonio Conte memuji Diego Costa yang kembali menemui fokusnya sebagai ‘antara penyerang terbaik dunia’ selepas jaringan kemenangan pemain Sepanyol itu di Middlesbrough melonjakkan Chelsea ke puncak Liga Perdana Inggeris.

Costa menjaringkan gol tunggal perlawanan di Riverside, apabila merembat bola hasil sepakan sudut yang melantun keluar pada minit ke-41 dan kini mendahului carta penjaring terbanyak Liga Perdana dengan 10 gol daripada 12 perlawanan.

Malah paling ketara, dia tidak pernah dibuang padang sejak pertengahan September dan perbincangan selepas perlawanan mengenai pemain itu yang kurang berdisiplin dan sering bergaduh dengan pengadil kini tidak lagi kedengaran.

“Diego sentiasa penting, bukan saja untuk hari ini,” kata Conte.

“Dia menjadi rujukan kami dalam melakukan serangan. Dia hebat dalam caranya memburu gol dan cara itu penting untuk diteruskan kerana kami perlukan jaringannya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 November 2016 @ 7:49 AM