Anggota PPM menunjukkan ayam sejuk beku yang dirampas di pengkalan haram Tanjong, Pengkalan Kubor. FOTO ihsan PPM
Mohamad Zulhairie Manzaidi
am@hmetro.com.my


Tumpat: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor berjaya mematahkan cubaan menyeludup 220 paket ayam sejuk beku ke negara Thailand di pengkalan haram Tanjong, di sini, 5 pagi tadi.

Pegawai Pemerintah PPM Wilayah Tiga, Asisten Superintendan Ahmad Amri Abd Rahman berkata, serbuan dilakukan oleh Unit Risikan Marin (URM).

"Bagaimanapun dua suspek terbabit berjaya melarikan diri dengan menggunakan perahu enjin galah ke negara jiran.

"Hasil pemeriksaan menemui plastik warna hitam berisi ayam sejuk beku yang dianggarkan bernilai RM2,200," katanya dalam satu kenyataan media di sini, tadi.

Katanya, rampasan itu kemudian dibawa balik ke Markas Operasi PPM Pengkalan Kubor untuk tindakan lanjut.kes disiasat dibawah Akta Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) 2011.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 November 2016 @ 1:21 PM