Norasikin Daineh
norasikin_daineh@hmetro.com.my


Lahad Datu: Dua nelayan diikhuatiri diculik kumpulan bersenjata dalam insiden terbaharu di perairan Merabung.

Juragan dan awak-awak itu dipercayai diculik ketika sedang menangkap ikan di kawasan, pada 7.30 malam tadi.

Menurut sumber, kejadian membabitkan bot nelayan dan mangsa didatangi kumpulan bersenjata sebelum bertindak bergerak menuju ke arah perairan Felda Sahabat.

Pengerusi Persatuan Nelayan Semporna, Salleh Abdul Salleh, berkata kejadian itu disahkan berlaku di perairan Merabung, Lahad Datu selepas berhubung dengan pihak ESSCOM.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Awang Sahari EM Nadzeer dijangka mengadakan sidang media di Lahad Datu, esok.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 November 2016 @ 12:15 AM