GAMBAR hiasan.
Shamsul Munir Safini
shamsulmunir@hmetro.com.my


Butterworth: Lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth, hari ini atas empat pertuduhan meliwat dan merogol dua anak perempuan jirannya berusia tujuh dan lapan tahun.

Tertuduh, 51, yang juga pembantu kedai minta dibicarakan bagi empat pertuduhan yang dihadapinya.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377 CA, Seksyen 376 B(1) dan Seksyen 377 C Kanun Keseksaan.

Berdasarkan kertas pendakwaan, tertuduh pada malam 24 Nov 2014 sehingga 11 Januari 2015 didakwa memasukkan jari ke dalam kemaluan serta dubur mangsa berusia tujuh tahun serta merogol kanak-kanak berkenaan di rumah di sini.

Pada tarikh dan lokasi yang sama juga tertuduh didakwa melakukan seks luar tabii ke atas seorang lagi budak perempuan berusia lapan tahun selain memasukkan jari ke dalam dubur dan kemaluan mangsa.

Hakim Norashima Khalid tidak membenarkan ikat jamin ke atas tertuduh manakala 22 Disember ini sebagai tarikh serahan dokumen kes.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 November 2016 @ 11:58 AM